Minggu, 28 Maret 2010

RINTIHAN ROH


Diriwayatkan: “Jika roh telah keluar dari tubuh
manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu
berkata: Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku
sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang
dahulu aku berada di dalamnya. ” Maka Allah
memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke
kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh.
Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir
darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan
yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai
tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah
akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah
rumah serigala, bala bencana, rumah yang
sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.
Setelah lewat lima hari roh berkata: “Wahai
Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat
tubuhku. ” Maka Allah memperkenankannya. Lalu
ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan
mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya
berupa air nanah.
Firman Allah SWT bermaksud:
“ Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril
atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri
dengan berbaris. ”
( An-Naba’: 38)
Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa
yang dimaksud roh itu adalah rohnya anak
Adam (manusia), dan keterangan yang lain
mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya
malaikat Jibril as. Juga ada keterangan yang
menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya
Nabi Muhammad SAW yang berada di bawah
Arasy, ia minta izin dari Allah di malam Lailatul
Qadar untuk turun memberikan salam
penghormatan kepada seluruh mukminin dan
mukminat dan roh itu berjalan melalui mereka.
Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu
adalah rohnya para kerabat yang sudah mati,
mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, semoga
Engkau memperkenankan kami untuk turun ke
rumah-rumah kami, sehingga kami melihat
anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh
itu turun pada malam Lailatul Qadar.
Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika
datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang
pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban,
Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya
para mayat semua keluar dari kubur mereka dan
mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya
seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua
kepada kami di malam yang berkah ini dengan
sedekah satu suap, sebab kami memberikan
sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan
kamu sekalian tidak mahu memberikannya,
maka hendaklah kalian mengingat kami dengan
bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh
keberkahan ini.
Adakah seorang telah belas kasihan kepada
kami, apakah dari salah seorang ada yang
mengenangkan ratapan kami wahai orang yang
menempati rumah-rumah kami, wahai orang
yang menikmati wanita (isteri kami), wahai
orang yang berdiri memperluas mahligai kami
yang sekarang kami dalam kesempitan kubur
kami, wahai orang yang membagi harta benda
kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim
kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian
ada yang mengenang perantauan kami? Buku
amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka.
Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam
liang kubur melainkan pahalanya. Maka
janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku
rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang
yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-
lamanya.
Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari
mereka maka ia kembali dengan riang gembira,
dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang
dengan sedih dan duka serta terhalang, dan
putus asa dari mereka.
Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam
perkumpulan haiwan tidak dalam seluruh tubuh,
tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa
bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan
dalil. Bahawasanya seorang dilukai dengan luka-
luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan ia
dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi
mati. Sebab luka itu jika menimpa pada tempat
di mana roh bertempat di mana roh di
dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat
pada seluruh tubuh dan bahawasanya mati itu
dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT
menunjukkan:
Katakanlah: “la akan dihidupkan oleh Tuhan yang
menciptakannya kali yang pertama.”
(Yaa Siin: 79)
Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh
dengan rawan? Maka kita katakan hahwa
keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada
perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan
adalah menjadi satu. Cuma kalau tangan dapat
bergerak kesana kemari tapi kalau tubuh sama
sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan
kesana kemari tapi sama sekali tidak bergerak.
Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam
tubuh tidak dapat ditentukan. Adapun tempatnya
rawan di antara kedua alis. Maka jika roh itu
hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika
rawan hilang ia menjadi tidur. Sebagaimana air
yang dituangkan qas ’ah dan ditaruh di rumah
ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap
dan qas ’ah itu tidak bergerak dari tempatnya.
Maka demikian halnya roh bertempat di dalam
tubuh dan pusatnya berada di Arasy. Adapun
rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada di
alam malakut.
Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada
diterangkan bahawa tempatnya disengkala yang
didalamnya terdapat lubang sejumlah bilangan
haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari
kiamat. Jika ia mendapat kenikmatan berada di
situ dan jika mendapat azab maka di situ pula.
Ada disebutkan bahawa roh-roh para
mukminin berada dalam telur burung yang hijau
di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang
kafir berada dalam telur burung yang hitam di
neraka. Dan ada dikatakan bahawa rohnya para
mukminin ketika dicabut, maka para malaikat
rahmat sama mengangkat membawa naik roh
ke langit yang tujuh dengan memuliakan dan
mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat
pemanggil dari sisi Allah yang Rahman:
“ Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam
Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi.”
Maka mereka mengembalikan roh seorang
mukmin ke dalam tubuhnya dan ia dibukakan
pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga
sampai datangnya hari kiamat.
Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir
sewaktu dicabut maka para malaikat azab sama
membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka
ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia
diperintah mengembalikan ke tempat berbaring
tubuhnya, kuburnya disempitkan dan ia
dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia
melihat tempat kediamannya kelak sampai
datangnya hari kiamat. Dalam hal ini
sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW,
sehingga bahawasanya mereka mendengar
suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka
terhalang dari berkata.
Sebahagian Hukama’ ditanya tentang tempat
roh-roh setelah mati, maka ia menerangkan
sebagai berikut:
1. Bahawasanya roh-roh para Nabi berada
dalam Syurga Adn, ia berada dalam liang yang
menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh
bersujud kepada Tuhannya.
2. Roh-roh para Syuhada berada di syurga
Firdaus, pada tengahnya syurga itu berada
dalam telih burung yang hijau yang terbang di
syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang
keqanadil yang digantungkan di Arasy.
3. Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang
Islam berada dalam telih burung pipitnya
Syurga.
4. Roh-rohnya para anak-anak musyrik
berputar-putar di syurga dan ia tidak punya
tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka
melayani para mukminin.
5. Roh-rohnya orang-orang mukmin yang
mempunyai hutang dan aniaya digantung
diangkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak
pula ke langit sampai ia membayar hutangnya
dan penganiayaannya.
6. Roh-rohnya orang-orang Islam yang
berdosa diazab dalam kubur beserta tubuhnya.
7. Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik
dalam penjara neraka Jahannam dipintakan
diwaktu pagi dan petang.
Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah
merupakan jisim yang halus. Oleh kerana itu
tidak dapat dikatakan jika Allah itu mempunyai
roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai
tempat seperti jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa
roh adalah merupakan sifat dan dikatakan pula
kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan
ini adalah perkataannya orang yang mengingkari
adanya seksa kubur.
Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi
datang kepada Nabi SAW, maka mereka
bertanya kepada baginda tentang roh dari
Ashabi Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain. Dengan
perdebatan Yahudi itu maka turunlah surah Al-
Kahfi.
Dan diturunkan tentang haknya roh adalah
Firman Allah SWT.
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh,
katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhanku.”
(Yaa Siin: 79)

salam hangat untuk keluargaku yg ada di mentri 4 martapura...............

Tidak ada komentar: